SK ST. JOSEPH, KUCHING
SINCE 1882

YCB 1203




SK ST. JOSEPH SCHOOL

FALSAFAH KAMI
VISI
SK St. Joseph sekolah
MISI
Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan seimbang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
SEJARAH RINGKAS
VISI & MISI
“Ora Et Labora”
“Pray and Serve”
COGAN KATA
PIAGAM PELANGGAN
KAMI,
WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOSEPH, KUCHING DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGADAN USAHA KAMI UNTUK :
PELAJAR
Semua murid menerima PdP mengikut masa yang diperuntukkan.
Semua murid Tahap Dua menyertai Kegiatan Ko-kurikulum mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberi kepada yang layak dalam tempoh 7 hari
Semua murid dilayan adil tanpa mengira kaum dan agama dalam tempoh 10 minit selepas menerima aduan.
IBUBAPA
Memberi layanan kepada ibu bapa / penjaga yang berurusan di pejabat dalam masa 10 minit tanpa mengira status
Setiap aduan ibu bapa / penjaga akan disiasat dan diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari.
Maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan anak mereka
Permohonan pertukaran sekolah akan diselesaikan dalam 30 minit.
Setiap cadangan / usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah
STAF
Urusan pengesahan guru sandaran terlatih akan diproses dalam tempoh satu hingga tiga tahun.
Setiap staf diberi peluang mengikuti kursus / latihan sekurang-kurangnya 7 kali dalm setahun untuk peningkatan kendiri.
¢Staf dapat bekerja dalam suasana kondusif
Rekod perkhimatan dikemaskinikan dalam tempoh 7 hari selepas menerima maklumat perubahan.
Menyebar semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ”stake holder” dalam 1-3 hari.
KOMUNITI
Sentiasa bekerjasama menjayakan program dan aktiviti pendidikan kemasyarakatan.
STAKEHOLDER
Memastikan semua arahan dari KPM/JPN/PPDK melalui surat makluman dan Pekeliling tindakan dalam tempoh SOP 1/3/7 hari
Bekerjasama dengan JPNS/PPDK dalam menjayakan segala program untuk Terus Menjulang Sarawak
-
Asas penubuhan dirancang pada 1881, oleh empat
orang paderi dari Mill Hill di London.
-
Ditubuhkan - April 1882 - oleh Paderi Aloysius Gossen
di atas sebidang tanah seluas 10.22 ekar.
-
Luas Bangunan - 60 x 20 kaki
-
Bilik - 3 buah
-
Bilik 1 - Kelas
-
Bilik 2 - Gereja Kecil (Chapel)
-
Bilik 3 - Kediaman Paderi
Jumlah murid - 20 orang
Pengetua/Guru - Paderi Aloysius Gossen
Lokasi - Jalan Rock
(sekarang dikenali Jln Tun Abang Hj Openg)
Zaman Haideggar
-
1886 - bangunan sekolah diperbesarkan
-
Bangunan - kayu (2 Tingkat)
-
Jumlah Murid - 40 orang
-
Pengetua - Paderi Anthony Haideggar (25 Mac 1883-1931)
-
Guru - 5 org (4 org guru tempatan)
-
1927 - 2 buah bangunan lagi didirikan
-
1931-1934 - Paderi Aloysius Hopfgartner jadi Pengetua
-
1938 - bangunan ini dirobohkan
-
Zaman Vos
-
1934 - Paderi John Vos jadi pengetua
-
1942 - Penaklukan tentera Jepun
□ Bangunan sekolah diambil alih oleh
pihak Jepun
□ Semua paderi ditahan oleh pihak Jepun
1945 - Sekolah dibuka semula
□ Paderi dibebaskan
1948 - Paderi Adrian De Vos jadi pengetua
Zaman de la salle brothers
-
1949 – Brother Patrick O’Donovon jadi pengetua
-
1962-1963 – Sekolah rendah didirikan dan dijadikan institusi yang berasingan
-
1978 – Bangunan (Extention block) dibina
-
1988 – Berakhirnya zaman para Paderi dan Brothers dalam pentadbiran sekolah
LENCANA SEKOLAH
ASAL USUL






Lencana sekolah mengandungi 4 jenis corak/lambang yang dibahagi dengan garis melintang dan menurun dan berlatarbelakangkan hijau ddengan motto ‘ORA ET LABORA’ atau ‘BERDOA DAN BERUSAHA’
-
Warna
-
Warna putih dan huruf pada latar belakang hijau melambangkan warna tradisi sekolah iaitu hijau dan putih.
-
-
Lencana
-
Bintang
Bintang adalah lambang universal bagi Padri di sekolah-sekolah Kristian yang bertanggungjawab mengawasi sekolah st. Joseph sejak 1950. Bintang mereka simbol bagi cahaya melambangkan sesuatu wawasan, sejak beribu-ribu tahun pengembara telah menggunakan bintang sebagai pandu arah dalam pelayaran. Usia di sekolah sepatutnya memberi wawasan kepada kita mengharungi wawasan dan arus kehidupan.
-
Bunga Teratai
Sejenis bunga berwarna putih yang melambangkan kesucian rohani dan jasmani. Dalam konteks Kristian ia dikaitkan dengan St. Joseph, penaung sekolah St. Joseph.
-
Lampu
Melambangkan pelajaran dan pembelajaran. Lampu melambangkan pengluasan ruang di minda kita dengan mengelak rasa prejudis dan tidak berilmu.
-
Huruf
S dan J diletak bertindihan hanyalah melambangkan nama sekolah St. Joseph.

