SK ST. JOSEPH, KUCHING
SINCE 1882

YCB 1203




PERUTUSAN GURU BESAR
Bersyukur kita kepada ilahi kerana memberi kita kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan visi dan misi pendidikan negara. Sikap positif dan proaktif warga sekolah SK St. Joseph melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan telah memungkinkan pelbagai program dan aktiviti pendidikan dapat dijalankan sebaik mungkin.
Sekolah sememangnya merupakan tempat yang paling sesuai untuk menjana kecemerlangan pelajar. Ibubapa, kerajaan, dan masyarakat sentiasa meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah untuk mendidik, membimbing, dan membentuk pelajar agar mereka menjadi insan yang berilmu dan akhlak mulia. Oleh yang demikian, setiap pelajar perlu mengatur pelbagai program dan aktiviti secara strategik bagi memenuhi harapan ini. Visi dan misi sekolah hendaklah dihayati bersama oleh pihak sekolah, ibu bapa, dan para pelajar supaya masing-masing dapat memainkan peranan untuk merialisasikannya.
Saya percaya jika para pelajar sejak dari awal-awal lagi telah menetapakan sasaran masa depan, lalu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya, matlamat untuk melahirkan ramai generasi pelapis yang cemerlang dalam pelbagai bidang akan terlaksana.
'Ora Et Labora"


JONG LEE PHIN,​
GURU BESAR
SK St. JOSEPH, KUCHING.
Download Lower School Application >
Download Middle School Application >
Download Upper School Application >
